About Me

My photo
My deen is my blood, my life is my passion, my family is my brain, my love is my heart. all of them keep me moving forward

Sunday, December 25

Saya sudah bertunang

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

.......................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

* Kisah ini bukan kisah ana (Insyirah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *

Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya... Arh... Untungnya Insyirah. (Cemburu! Cemburu! Cemburu!)

~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~

Insyirah Soleha,
19 Januari 2010
Baiti

copied from khazanahrahsia.blogspot.com

p/s: terkedu.. betapa insyirah menyedari bahawa setiap manusia akan kembali tetapi kita tidak menyedarinya.. Alhamdulillah kerana Allah memberi peluang kepada saya unt membacanya.. post ini di'copy'. berharap teman-teman merasakan apa yang saya rasa..

andai itu takdirNya.

luv,
n.A

Friday, December 23

Dah potong kuku?

Assalamualaikum semua..

Selamat Hr Jumaat..

Smlm ada baca yasin x? slpas subuh td bc quran x? da potong kuku belum?

perkongsian ilmu, kita digalakkan untuk memotong kuku adalah pada 3 hari dalam seminggu. iaitu hari isnin, khamis dan jumaat.. kenapa digalakkan? jangan memandang remeh k.. dalam ketiga-tiga hari ni Allah s.w.t telah meletakkan ganjaran untuk hambanya.. Aku x ingat turutan yang betul tetapi apa yang aku ingat apabila kita memotong kuku pada mana-mana antara 3 hari ini contoh ganjaran ialah

keluar segala kemiskinan masuk sgala kekayaan,
keluar sgala kesakitan masuk segala kebaikan

dan

yang paling aku ingat ialah hari jumaat

keluar segala dosa masuk segala pahala..

correct me if im wrong

tp ini ialah ctatan yang diambil ketika membaca salah sebuah buku agama di library.. sorry sbb terlupa lak tajuk buku tu..

so, buatla segala amalan yang boleh mendekatkan kita dengan Allah dan meraih redhaNya..

P/s: tiba2 rindu budak-budak nakal


andai itu takdirNya

luv,
n.A

Wednesday, December 7

Serebral Palsi

Assalamualaikum w.t.h..

Guru yang bagus ialah guru yang mampu mengingatkan kita bahawa Allah itu menguji kita bersesuaian dengan kemampuan kita.

semasa semester PPISMP sem 2, lau x silap, ada satu subjek sampingan iaitu EQ. subjek itu banyak mengajar kita unt mencapai tahap kemampuan diri dan salah satu kata-kata dr Pn. Aishah Hamid iaitu 'kita akan diuji bersesuaian dengan kemampuan kita'..

hari ini aku diuji..

anak buah ku.. khadeeja..

doktor mendiagnos khadeeja sebagai penghidap serebral palsi tahap ringan. apa itu serebral palsi? serebral palsi ialah masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak atau dewasa iaitu mereka tidak boleh mengawal otot.. secara kasar (maybe aku sendri pun da lupa).. n penyebab deeja ada penyakit ini ialah deeja lemas ketika waktu dilahirkan. tapi penyakit ini yg menyebabkan hati dan sanubariku teruji.

genap berusia 2 tahun

dja skunk smkin bijak.. da mula faham apa yang org katakan(atau membebel) pandai menolong (mengelap lantai) dan berminat untuk memegang pen..tp satu j.. deeja makin nakal dan cemburu.. cemburu dengan adiknya khalish.. perlukan perhatian dari ibu bapa dan mula merasakan dirinya disisihkan kerana adiknya.. sbb tu dia da pndai tarik rambut khalish n paling teruk da berani nak pijak khalish..

aku bakal guru pendidikan khas..

segala pengetahuan yg aku belajar untuk mengawal tingkah laku kanak-kanak aku mula untuk mengaplikasikannya. dari situ aku sedar.. aku tidak mampu..

sayang ku terhadap khadeeja menebal..

mana mungkin aku mengasingkan deeja dengan meletakkan dirinya di ceruk dinding untuk membuatkan dirinya rasa bersalah.. tak sampai 3 minit, aku sendiri yang mengambil, memeluk dan meminta maaf dengan deeja.. niat di hati adalah ingin membantu kakakku dalam membentuk tingkah lakunya..

cuma satu je yang aku boleh lakukan iaitu

'Ya Allah, kuatkanlah semangat kakak dan abg iparku dalam ujian yang mereka tempuhi, kuatkanlah semangat keluargaku dalam membentuk dan menolong khadeeja untuk membesar seperti kanak-kanak lain'

dan

aku yakin khadeeja boleh lakukannya.



Che su sayang deeja n will be there for u.. mwaaaahhhhh

andai itu takdirNya

luv,
n.A

Thursday, October 6

De Clutter.. :)

Assalamualaikum w.t.h...

De clutter? taw x apa mknanya? maknanya, saya sgt rajen mlm ni n saya mengemas meja stadi n all da notes in my drawer and my bookshelf.. ada kesedaran setelah 5 bulan tangguhkan kije ni (-___-). bukan senang nak ada kesedaran untuk mengemas ni, terutamanya pada diri yang bernama Nadia aisyah azmin.. weeee...

asg semua da submit.. juz ada submit file and a few revision wif my lects.. semua riso kami x dpt perform tapi rasanya sem ni, Alhamdulillah.. i like... dapat lects yang hebat2 n semua best.. so apa lagi, if da dapat lects best, result pun mestilah gempak kn. lau x mcm mn kita nak buktikan kat lects yang kita sayang depa? hehehe...

sbb tulah, aku de clutter mlm ni. nk stat wat revision n nak stat wat notes.. Dato' K really needs my note. (nggeee sbb dpt upah) hehe...  tp sblm tu nak stadi for UAK.. wait a minits!!!!! serabut! jom de clutter timetable..


  1. wat isl for IP
  2. stadi bm n bi
  3. amali tenis
  4. UAK bm n bi
  5. smbg isl ip
  6. notes for PK...
haaaa... nampak x? inilah namanya de clutter.. bila da susun semua kita ada matlamat.. yeah!!!! so, membe2 maktab yang bakal menghadapi peperiksaan, jom kita stadi awal ckit... unt future kita gak :), unt readers yg bukan student maktab... : untungla, u olls br stat stadi (-_____-)

till then...

andai itu takdirNya,

luv,
n.A

Wednesday, September 21

Its ur time!

Assalamualaikum w.t.h


Dear Hidayah Faisal,

Im so proud of u.. i like da way u stand by my side over ten years.. i kno we understand each other. (kekurangan vocab la Teacher, i guna bm k)

saya x de disamping awak skunk, tapi saya nak awak tahu doa saya sentiasa bersama awak.. saya nak awak yakin dengan perkara yang awak lakukan. do u still remember ur motto? ' no turning back'

so,

skali awak melangkah, no turning back. apa yang berlaku hanyalah pengalaman yang membuatkan awak matang. Alhamdulillah, u will gain more experience after this. so dun wori. i kno u can do it..

if anything happen.. close ur eyes.. istighfar n Allah always by ur side..

p/s: i love u.

andai itu takdirnya,

luv,
n.A

Tuesday, September 20

Alkisah...

Assalamualaikum...

ini kisah saya...

dah bukak 2 minggu da.. mcm biasa, schedule penuh dengan asgs and test.. tp dalam bz mcm ni pun sibuk ag nak update blog n fb status kn.. so.. ingin dimaklumkan..

kalaulah awak ingin berubah....

berubahlah sebetul2nya.. setiap kali update mesti cite betapa saya ni manusia suka bertangguh.. padahal kalaulah bertangguh tu kije elok, oklah gak, tp disebabkan bertangguh tu jugaklah, saya mcm lost control of my life. mcm semua perkara terbeban.

so apa yang ingin saya lakukan...?

jangan bertangguh ag, azam bukan hanya sekali setahun tetapi setiap hari perlu ada azam baru. kerana bila kita ubah yang ckit2 lama akan jadi bukit. dari situlah orang akan nampak perubahan yang ingin kita lakukan.

kalau orang sudah sampai ke bulan,, kenapa kita masih nak berada di takuk lama? x bosan kah dengan kehidupan kita yang tiada kemajuan. sedarlah, hidup di dunia ini merupakan satu perjalanan bukan perhentian.

owh ye da abes ceramah erk.. semalam ada sambutan raya... kali ke3 sambut raya kat IPDA.. best gaklah.. nak taw x nape best? sbb ada nye org2 kesayngan hamba ... jom kita layan....


maceh smua...

andai itu takdirNya,

luv,
n.A

Thursday, September 1

My Health n Beauty Tips..

Assalamualaikum..

amboi.. tajuk kemain.. ape ko ingat ko tu kevin zahri? ingat ko tu kim kardashian? tolong la wei.. sedarlah sikit.. (ayat ini ditujukan kepada penulis blog ini, bukan kepada anda)

amboi.. lau ko nak baca, baca k..

1) Muka.

ingat ag x? dulu muka saya berjerawat.. x caya? lau x caya cube godek2 pict fb saya yang dolu2.. Ya Allah.. mmg bermaharajalela lah jerawat tu.. satu j pesan.. jgn tukar produk!(1000x). ulang ayat tu stiap kali promoter seducing u to buy her new product.. its not worth it.. biarlah kulit ko x seputih tepung gomok... biarlah kulit ko x selicin bontot kuali.. jnji kulit ko tu sihat n yang paling penting pimples x de..

kna taw types of skin. kna pakai mask n exfoliating unt kulit mati.. pelembap n toner kna aways pkai 2 kali sehari.. wallah! kulit anda akan sihat.. n darlings dun forgot ur sunscreen.. smua ni adalah punca kulit yg sihat.. believe me.. (aku taip ni pun smbil angguk2 kepala)... n satu ag.. kalau da tau ko allergic ngan apa2 makanan jgnlah makan.. lau ko g makan gak, new york skin care pun x ley bantu! *aku bercakp mlalui pengalaman (-____-)

2) body

aku kurus! wah mmg melambung kembang idung lah stiap kali org puji.. dato' k plak tarik muncung sedepa. ckp napelah ak ley kurus.. aku takot sebenarnya.. yelah aku x diet. ye ke? hahaha...

yup mksd aku x diet ialah aku x cut mana2 yg penting especially air! pernah dgr x mitos, 'ko minumlah air banyak2, nanti perut ko bulat mcm badak air!' smua itu bohong belaka!. anda x kn gemuk disebabkn air.. (-____-)

amik yg mana penting, makan sedikit tapi kerap, kurangkan kabohidrat jika anda tidak menggunakan tenaga sebanyak yg anda perlukan.. buang all da junk food serta memandang hinalah kepada sampah smua itu.. itu hanya memuaskan nafsu mengunyah bukan ag kehendak kamooo!!!!!!!!!! hahaha.,.. emo.. itu diet aku!

3) supplement

sapa ckp supplement x penting. kita x taw kandungan nutrisi dlm makanan yg kita amik..(kecuali jika anda sorg pakar nutrisi) n kita x de kemahiran unt mengira kalori yang kita amik mcm dalam biggest loser tu..

so, as for me.. ada beberapa vit yg aku amik. yang penting VCO.. aku mengalami masalah penghadaman so ia amat penting bagi aku, vit c n vit e from kordels. lau aku kaya ckit, pati prune innershine.. camne erk nak ckp, maybe effect dia berlainan. tp vco aku rasa biasa j.. tapi lau ko penat ngan asg, terkejar ke hulu ke hilir prune innershine ni mmg membantu.. aku rasa one of da best supplement.aku pernah amik collagen, mmg membantu menyembuhkan parut jerawat aku.. yg ni pun aku amik set Vida Beauty. tapi maybe nak try brand catalyst lak.. huhuhu

4) senaman

ya Allah.. nilah yg aku paling malas. korg kenal x gwyneth paltrow (aku rasa aku salah eja nama dia tp aku malas google).. lau korg nak taw, dia bekas tunang brad pit b4 jennifer anniston, bini kepada penyanyi coldplay, n skunk plakon glee da latest season.. body dia.. fulamak! anak dua memang mantap.. maybe dia pegi gak kot new york body solution bagai tapi yang aku tabik dia exercise!

aku malas la.. beli cd unt kardio, pilates.. smua aku wat time aku rajin j. tapi korg nak taw, gwyneth tu cakap. lau nak dapat body mcm tu mmg 5 hari seminggu dia wat latihan tu.. mmg unt future.. body kna jaga... as for me.. memandangkan aku malas, n aku bersyukur aku ada course pj,, so time lari berpeluh, bersenam, aku pastikan 100 percent aku lari n bersenam. smua aku wat.. maybe lau x de pj aku x de kesedaran kot.. kotlah kot... ?

5) kesimpulannya

jadilah diri ko.. lau ko tembam, demok, debab, n ko hepi.. so go on.. lau kau kurus, bullemia, cekeding tiup dek angin pun melayang, juz go on.. kita kna bersyukur dengan apa yang kita ada. bila kita bersyukur barulah kita akan menghargai.. :)

andai itu takdirNya

luv,
n.A

Wednesday, August 31

BR 1 : Boley tolong Simpan Rahsia x?

Assalamualaikum w.t.h...

sunyi jer kan blog ni.. meh kita meriahkan ckit.. memandangkan raya kali ni aku byk terperuk kat bilik j. smpaikan dato' k pun ckp.. raye pun still on9 ag? hahaha.. inilah raya zaman skunk.. ok.. da lari topic..

sebabkan aku duk dalam bilik, except from fb, tweets and banyak benda lagha ag. aku baca buku.. buku ni tajuk dia 'Can U Keep A Secret?' yup.. i like english novel. x klishe.. n memang memuaskan hati aku..

preview cite ni Emma Corrogan, mmg hidupnya sadis. n dia ni fobia naik kapal terbang. so nak dijadikan cite dia blurt out all her secrets kat penumpang sebelah.. n nak dijadikan cite penumpang sebelah tu boss dia.. boss bukan stakat boss. boss empunya syarikat. so logiklah lau dia x penah kenal kan..

cite ni byk ups n downs. bila aku cemas sgt aku ase mcm nak skip j afew pages, tapi siyesly makin kita skip makin x puas ati.. so,. kepahitan yg emma rasa tu aku rase gak lah...

dah baca buku ni aku ase x rugi lau baca penulisan sophie kinsella. watak dia agak kelam kabut. tapi sbb kelam kabut tu lah aku suka, x delah meleret sgt.. well done sophie! so, to all my readers lau awak ni peminat english novel, or x minat novel pun, y not u try to read dis one.. boley gelak sorg2 n sakit ati sorg2 n kecewa sorg2 tapi still waras k.. hahaha..

thanx to hidayah faisal coz bg pinjam. nanti sy pulangkan :)

p/s: its ok for u to have secret ;p

andai itu takdirNya

luv,
n.A

Monday, August 29

Selamat Menyambut Hari Kemenangan!

Assalamualaikum..

A few days da kat umah.. Akhirnya diberi kesempatan untuk masih berbuka puasa bersama keluarga tersayang. Adik beradik semua da ada kat umah kecuali kakak j. dia otw balik dari JB.. Its still long way to go. lagipun, tahun ni mengikut giliran, dia beraya di rumah husband nyer. so Khalish and Khadeeja dpt jupe che su bila da raya ke-2 or ke-3 mungkin.

Hari raya merupakan hari kemenangan. You want to know why? Baca sendiri! :P yang penting, di kesempatan ini, ingin mengingatkan diri sendiri untuk sentiasa bersederhana. Tahun ni pun baju raya biasa2 aje. x delah yg bam bam bom.. just preparation pun biasa2 aje.. yg penting kami sekeluarga ada bersama bagi menyambut hari yang mulia :)..

jgn lupa, sgala amalan yang kita kumpul di bulan ramadhan jgn disia-siakan dengan melakukan dosa di bulan syawal..

p/s: peringatan untuk diri sendiri juga.
p/s/s: Maafkan saya jikalau ada tingkah laku, tutur kata saya yang membuatkan anda terluka :(
p/s/s/s: Selamat Hari Raya semua!

Andai itu takdirNya.

Luv,
n.A

Saturday, August 6

Priority

Assalamualaikum w.t.h

Hari ke-6 puasa.. camne? ok x? g trawikh x? ada perubahan x? huhuhu.. soalan yg patot ditanya untuk diri sendiri terlebih dahulu..

priority a.k.a keutamaan..

ada 5 asg in my list yg kna submit tp skunk ngah update blog.

knape jd gitu erk? knape kita taw ada yg lagi penting dr fb, blog, tgk muvie, going out but we still do same mistake over n over again.

knape kita x de keinginan unt brubah?

knape kita slesa dengan apa yg kita ade sedangkan kita masih ada pluang untuk jadi yang lebih baik?

apa yang sepatutnya jadi keutamaan diperlekehkan..

haih.. membebel untuk diri sendiri yang masih suka bertangguh dan tidak memberi perhatian kepada apa yang aptut diutamakan.. maafkan saya :(

p/s: lagu haru haru by big bang.. tgklah video klipnya.. x rugi ;)

andai itu takdirNya

luv,
n.a

Saturday, July 30

Selamat Berpuasa!!

Assalamualaikum w.t.h

apa khabar?

life kat ipda makin lama makin bz.. alhamdulillah segala2nya makin tersusun rapi sem ni.. x de lah terkejar2 sgt..

a few days ag nak pose... da get ready lom? ngee...

x sabar nak pose.. nape ye? sbb org kata bulan pose ni bulan x de setan.. so lau kita wat jahat, or do something bad.. kita menunjukkan sape kita yg sbnarnya..

bulan pose bulan penuh keberkatan.. insyaAllah, lau ada niat nak berubah harap pada bulan pose ni mampu untuk mnolong kita unt brubah.. nafsu berada di bawah akal. mlalui akal kita mampu berfikir. apabila kita berfikir kita tahu bahawa 'hidupku, matiku hanyalah kerana Allah s.w.t'

bulan pose juga merupakan bulan yang dibukakan semua pintu syurga.

Allah menggoda kita.. bertaubatlah.. berbuatlah amal kebaikan, pulanglah ke sisi Allah.. insyaAllah syurga itu janji Allah yang pasti. biar orang x suka kita tetapi jangan Allah yang abaikan kita..

X salahkan kita berubah demi Allah s.w.t?

last but not least, Selamat menunaikan ibadah puasa. post ini untuk ingatan diri sendiri juga. saya ingin berubah. harap readers doakan saya agar diberikan kekuatan untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.. Amin...:)


Tuesday, June 7

Ehem3x...

assalamualaikum...

n.a: haish.. cian tgk kat blog ni..

a.s: nape?

n.a: yelah... mcm x layak pun nak ada blog

a.s: nape nak wat blog sbnarnya

n.a: alah blog ni dah lma kot.. wat time x bz

a.s: habis tu nape tak taip j apa yang rasa nak taip.

n.a:ish bukan senang lah nak taip

a.s: aik? taip pun susah k?

n.a: bukan gitu

a.s: habis tu?

n.a: yelah x mau taip yang menampakkan kebodohan diri sendiri

a.s: habis tu jgn taip

n.a: plak dah

a.s: come on lah, u can be better

n.a: how do u kno?

a.s: practice make perfect what..

n.a: owh.. okai

p/s: moral of da story.. keep writing!

Monday, May 30

Hes Da One!

Assalamualaikum..

Ops! I did it again... yup.. fall in love..

my Dato' K...

Nape dia special...
(x maw gtaw)

Nape pilih dia...
(x maw gtaw)

Nape terpikat ngan dia ....
(x maw gtaw)

Sayang dia x?
(x maw gtaw)

Akan Kawen ngan dia x?
(x maw gtaw)

annoying gler post ni.. ehh minah! lau ko x nak gtaw x yahlah ko wat post.. sorylah der, aku bkn nak suh korg annoying tapi ak hormat permintaan Dato' K. dia nak rahsiakan semua ni.. bukan sbb dia x ensem, aku x lawa, chewahhh tapi sebab biarlah rahsia.

antara aku ngan dia Hanya Allah Maha mengetahui. Jodoh kami, kami berusaha untuk mengekalkannya tetapi at da same time, kami akan menerima takdir Allah s.w.t.

to my Dato' K. i kno u x baca my blog, u even didnt remember my blog post, but still wanna tell u, im lucky enough to have you as my bff... thank you coz be everything to me. hanya Allah boleh membalas segala budi yg u curahkan kat i.. chewahh...

till then,

Andai itu takdirNya..

luv,
n.a

Sunday, April 3

Dia Kekasihku...

Assalamualaikum...

Gula-gula
2 April 2011, 23:55
I love u n i appriciate dat u r with me now. thnx 4 beiang a great fren 4 me even wen i am not 2 u. I,m sori if i ever hurt u. Gudnite. n if u ever mad at me, pls think of wat we have had. cz i will do dat from now on. Remind me if i 4get dis nxt time beb. Love u.

Nadia
2 April 2011, 23:59
Wat happen? Mcm nak mintak cerai j. hehe

Gula-gula
2 April 2011, 00:00
Ha3, Idk. I wana appreciate u more n i wana tell dat u mean alot 2 me. i dun wana lose u.

sape kate cinta itu hanya untuk berlainan jenis. tapi janganlah sampai cinta songsang kan... dis post will be dedicate to my beloved bff.

our last date kitaorg gado.. n i think tekanan perasaan. b4 dis kami ok j... yelah 14 years together so its normal if sometimes gadoh kan.

i know, kami banyak berbeza. mmg berbeza. tapi Allah tetapkan dia untuk saya. kami lalui suka duka bersama. saat aku betul2 down, dialah yang ade. dia mmg susah nanges, aku plak jiwa pompuan lebih. jadi bila aku nanges, dia pun nanges aku raser relax sgt.

dia wat aku rase aku blh wat ape2 pun kat dunia ni. aku suka berada dalam comfort zone tapi dia mmg out of box. aways say something dat will open my eyes.

aku bercinta & aku putus cinta. dia yang excited n dia yang kelu untuk pujuk aku.

aku ingat ag dia ckp 'tolonglah jgn bercinta, i x nak u menangis lagi'.

maybe sbb tu aku still single. beberapa lelaki cuba membuka pintu hati ini, tetapi skrg aku sedar, aku hanya menunggu green light dari dia. mungkin dia lbh tahu sapa yang sesuai dengan aku sbb dia lebih kenal sapa diri aku.

sepanjang 14 tahun kami bersama. a lot of story to share. to many laugh and tears. sometimes org akn ckp dia x de hati dan perasan n sy akan jawab

"sebab hati dan perasaan dia berada bersama saya."

ya Allah, aku bersyukur adanya dia di sampingku.

p/s: to NOOR HIDAYAH FAISAL. i dapat idea nak tulis post ni time i ngah angkat baju kat ampaian.. huahuahua...


Saturday, April 2

berCHENTA itu unt BAHAGIA bukan SENGSARA..

Assalamualaikum w.t.h

haa? da putus.

yup, kami dah x de ape2..

eh, nape putus? ada masalah? dia ada pompuan lain?

hurm... ntahlah...

chewahhh. rajen plak update blog kan. atas ni dialog. dialog me n my gurlfren. kami jarang berhubung tapi bila dah berhubung memang lamalah kami bergayut, smpai naik panas tlinga ni.

yup, aku mmg single. tapi masalahnya setiap kali my membe tanya nape putus ngan p.we dulu. aku always terdiam n try to give her reasonable answer. y reasonable? sbb last time my break up story x delah se'havoc' mcm orang lain.

hurm.. honestly, aku mmg mudah jatuh cinta, but at da same time bila aku tahu kami dah x serasi aku akan cepat2 bagitau si dia. aku x nak bagi peluang ag. jika dia makin sayang aku nanti dia plak makin sengsara.

aku x penah gado ngan ex macam sebulan x msg or maki hamun ex aku. ntahlah, aku penah share ngan umi aku. kalau kita bercinta hanya untuk bergado, baik x yah bercinta.

buat remaja di luar sana, (versi fatimah syarha)
fikirlah dulu sebelum bercinta. sebulan pertama mmg manis, tapi bila dah lama kenal, masing2 dah muak tgk pasangan masing2 pastu terjumpalah mamat yang lagi ensem mulalah cari alasan untuk berpisah. tolonglah... napelah kita nak sakit hati orang yang kita sayang kn.

& me?

lelaki yang ditakdirkan bercinta ngan aku mmg baik2.. ntahlah maybe di sinilah jodoh memainkan peranan. skrg doa ku hanya satu

"ya Allah, biarlah aku hanya jatuh cinta dengan org yang bakal menjadi suamiku"

hope, bila membe2 aku yang putus cinta baca post ni raser ok ckit. percayalah akan ada yang terbaik untuk dirimu. dan Allah sentiasa bersamamu. jgn mudah berputus asa, berpeganglah pada janji ALlah, dan cintailah DIA yang Maha Esa.

p/s: hope, post ini pun buka 'mata' aku.

andai itu takdirNya,

luv,
n.A

Friday, April 1

Its Not abaout BEAUTY but HEALTHY

Assalamualaikum...

Dah lama x update blog.. (please lah so cliche, setiap kali malas nak update blog n tetiba j update mesti ayat first gini.. hukhukhuk... ampunnnnn...)

sbnarnya bz.. balik bercuti bz layan ibu n nafsu sendiri untuk shoping, tido n fb. bila dah sibuk sbe (school base experience) penat melayan karenah budak2. tapi tiap hari tgk blog ni.. sedih je bila diabaikan. tapi sori k blog.. nak berblog pun kna ikut mood jgak k.

actually im here today not to babbling about my past but wanna share something about my future...

one of my friend said:
setiap 5% pertambahan berat badan kita menunjukkan pertambahan peratusan kematian.

yeah, we cant predict our death tapi our lifestyle menunjukkan ke mana hala tuju kita lepas ni... well me too. ada dak laki penah tego "k.ya u look so chubby".. my answer " well, hati bahagia"

sedarlah, sebenarnya sengsara.. yelah sape yg tak menginginkan perfect body shape mcm scarlett johanson kn.. so perfect.

so skrg tgh mencabar diri sendiri

"90 DAYS CHALLENGE TOWARDS A BETTER LIFE STYLE"

amboi, capslock gitu. menunjukkan betapa determine nye saya.. yup i got one whole month b4 finish my first sem. hope ade perubahan... n hoping dat i can do it... jia yo!

p/s: kenapa 90 days? adoyai bukan sebulan=30 days k? wait n c... bye2x double chin.. muahahahaha




Lau perasan muka saya dah x de dagu... Double chin

andai itu takdirNya..
luv,
n.A

Sunday, February 27

who you are determine how you see tthings

Assalamualaikum...

dis few week mmg byk sgt masalah. tapi x pe, Allah x kan menguji seseorang itu di luar kemampuannya kn?

menulis adalah luahan rasa.. x kisah brape byk yg trasa janji kita lega (a little bit selfish)

this tittle actually quote from majalah solusi.. the article written by Pahrol Mohd Juoi (my fav author)..

jadi terfikir2 gak kan...kalaulah kita kata

"eh, gedik lah minah" - sedar x sebenarnya kita yang gedik?

"kecoh lah, ngengada" - sebenarnya kita yang kecoh dan ngengada.

apa yang kita tafsir perlakuan org, itu menunjukkan sikao kita yang sebenar.. a positif thinking will attract a positif aura. thats one of the key in The Secret.

masyarakat kita sekarang dilanda pemikiran yang negatif.

'alah dia dapat markah lebih, sbb dia ampu lect'-jadi dia yang tersengih2 depan lect, bergurau senda ngan lect. x ampu?

relax lah bro.. Allah kurniakan kita akal. kenapa kita masih menggunakan nafsu.. apabila anda menggunakan nafsu untuk berfikir menunjukkan betapa ceteknya pemikiran anda.

'asyik nak bangkang j ape yg org ckp, wat ape bagi idea ag'- its dat da real dialog 4 a student dat involve in discussion...

pesan Nabi Muhammad s.a.w - berdiamlah kamu walaupun kamu benar. Allah bersama org yang sabar.

Marah itu GILA, dan akhirnya kesal.

p/s: NAA akan lebih menjadi org yg sabar dan akan mengadu nasib kepada Allah s.w.t, kerana Allah Maha Mengetahui.

andai itu takdirNya

luv,
n.a

Tuesday, February 15

10 Petanda Jatuh Chenta

Assalamualaikum w.t.h

Pernah jatuh chinta.. mcm pelik je kalau ada org kata :

" Saya X penah Jatuh Cinta'

mcm mn erk nak pastikan kita ni jatuh cinta atau pun tidak. jawapannya bergantung kepada individu tersebut.

kalau saya jatuh cinta:

  • rase nak msg je dia 24 jam *biar smpai dia boring*
  • sengih2x j lau dpat msg dari dia
  • jadikan pict dia wallpaper laptop, phone saya
  • im da stalker
  • tiap pagi n malam he will receive my msg
  • there will be a few songs especially dedicated to him
  • will tell my frens A-Z about him
  • ask him how did he feel towards me
  • listen to him
  • laugh at his jokes
practically,

this me... i do silly things when i fall in love. heart pounding, speechless, butterfly in my stomach, dizzy... all in one...

dah lama tak rase perasaan mcm ni. yup, didnt have my 'bodyguard' rite now.. but, when i know this guy, he gives me this little feeling that make my face glow. even i get up early to hear some news about him.

enough for me... hope u will fall in love one day and you will know da truth about fall in love.

p/s: when i type this post, i smile, remember every minutes about my past love life.

Saturday, February 12

Apabila Kompang sudah dipalu

Assalamualaikum...

ashin : BFF nak kawen bulan 3 ni
n.a : OMG! Mn u taw
ashin : ade invitation lam fb, u tgk lah.
n.a : ok, thanks 4 da info babe
ashin : welkem

dah mcm minah kepochi kan..

hello, yg nak kawen tu our bestfrens. so logiklah lau kami kepochi jap..

mmg kepoh, ashin knows how reluctant i am to open fb nowadays because of the berukband. is hard 4 me to njoy da social network because it takes me a decade to loading something. i hate this! so the cycle of this kepochi site becomes like this:

  • ashin to n.a
  • n.a to d.f
  • n.a to rizman
yup still in the cycle of BFF. we dun worry about syafiq coz he will on9.

cakap pasal kawen ngan df. n quote
i feel old
klakarkan... yup its really funny bila df yg cakap gitu. shes da one dat never accept her age, da one dat try to enjoy every second in her life, tiba2 plak dia ckp gitu sbb BFF kami nak kawen...

22 years old..

is it a right time to settle down?

ans: when u are waiting for the right time there will be no right time!

so, kpada BFF. congratulation! dah smpai seru gak erk... mesti dah wat persiapan kan smpaikan kad kawen pun dah siap. Alhamdulillah..

hati nadia aisyah ni cemburu.. hahaha... tapi hati ini jgak tau, 'ish x layak ag nak kawen ni'... so, lau ada di antara my schoolmates yg nak kawen nanti jgn lupa jemput k...

p/s: Semoga bahagia hingga ke syurga!

Andai itu takdirNya.

luv,
n.A

Wednesday, February 2

Fuhhh....

Assalamualaikum...

Susah bebenau nak edit situ sana sini...

akhirnya jadilah blog ni.. x nak blog nmpak serabut, nak nmpk nice j...

x nak blog ni mcm over gegurl..

rasernya blog ni dah ok KOT....

suka colour dia, suka shopaholic tu (yup, i am)

x pelah lau x puas hati ag, kita tukar ag k.. hahaha

p/s: ngantok.. dah sakit mata ngadap bendalah ni.. tatatititutu

andai itu takdirNya

luv,
n.A

Tuesday, February 1

betul ke kopi tu membantu?

assalamualaikum...

ehem3x... baru pasan header tu

"HOW I MET YOUR FATHER"
sometimes a cup of coffee will help u.

mcm mnlah a cup of coffee will help us to find a husband rite? pelik gak napelah tiba2 aku ni leh terfikir gitu..

sbnarnya sekarang ni tengah tergila2kn citer How I Met Ur Mother... dah memandangkan ted mosby tu lelaki so dia citer mcm mn dia jupe wife dia kat anak2 dia. n aku plak memandangkan aku ni pompuan so vice versa lah kan.

cuma....

ni bukan yg aku nak...aku akn tukar header ni k... ngee~

p/s: mood rajin wat post...

andai itu takdirNya,

luv,
n.A

New Layouts?

Assalamualaikum..

yup... new layout. dah lama x tukar layout.. kna tengking ngan misz dada:

m.dada: u tukar lah sendiri, i tgh jiwo tau skunk nih
m. n.a : alah manalah i taw nak tukar layout..

iye..iye..iye.. sy buta IT... sedih.. stakat bukak laptop o9 yg biasa2 ni tawlah.. tapi nak wat layout chantek2x mcm dayahnism tu manalah den taw... son..sob (!_!)..

oleh itu!!!!!!!!!!!!

dengan gigih + bosan
= maka terhasillah blog serba purple (jgn marah cikgu wada) ngee~

esok dah janji nak lunch together2x ngan membe.. tapi skunk pun still x leh tido..

esok dah hari slasa tapi asg x sentuh2x ag...

so mulai esok.. chewahhhh.... saya N.A.A akan berjanji!

akan mula wat asg smpai siap.. lau x siap saya x kan pegi picnic! *betol ke?*

nanti akan update pasal picnic k... Shhhhh! Misz Ashin x taw ag..*dia x baca blog sy (-_-)* so wait n c k...

p/s: tarikh update : 1 feb 2010
satu bulan, satu post, mcm mn nk maju?! (=_=)

andai itu takdirNya

luv,
n.A

Thursday, January 6

Mengharapkan hanya yang terbaik

Assalamualaikum...

Sblm membebel ngan pnjg lebar, nak bgtau slmt tahun baru smua...

sedih plak rasernya...

x taw nak taip mcm mn.. nak bercerita n berkongsi apa yg dirasakan... bloggers smua mesti kenal fatin liyana, cik epal n irine nadia... yup, da latest one panas j ada blogger yg 'sound' pemakaian diaorg..

bagi aku.. yup, diaorang chantek.. pandai bergaya...mix n match.. idaman setiap gadis..

tapi adalah tidak patot untuk kita menegur seseorang dengan cara begitu, apatah lagi secara terang-terangan. Ye saya pun tidaklah berapa baik, tidak sempurna. saya tahu kelemahan diri sy. tapi sy tahu cara blogger menegur cara berpakaian bloggers lain adalah tidak patut.

doa merupakan senjata mukmin.

peristiwa yg betul2 terjadi di kolej matrikulasi:

ustazah : sy berdoa agar Allah membuka pintu hati pelajar2 saya untuk terus bertudung dan menutup aurat.

saya x tau sama ada blogger tersebut islam ataupun tidak tetapi apabila dia begitu menitik beratkan pemakaian bloggers tersebut saya assume dia merupakan seorang muslimin. jadi apa salahnya jika kita berdoa.

Nabi Muhammad s.aw. berdakwah dengan penuh lemah-lembut dan berhemah, kenapa kita tidak mengaplikasikan dengan cara begitu... tepuk dada tanyalah iman. berubahlah, janganlah kita menyakiti hati org lain. berdoalah agar seseorang itu berubah jika kita mahukan dia berubah.

p/s: dan berdoalah agar saya pun berubah untuk menjadi lebih baik.

andai itu takdirNya,

luv,
n.A