About Me

My photo
My deen is my blood, my life is my passion, my family is my brain, my love is my heart. all of them keep me moving forward

Wednesday, December 7

Serebral Palsi

Assalamualaikum w.t.h..

Guru yang bagus ialah guru yang mampu mengingatkan kita bahawa Allah itu menguji kita bersesuaian dengan kemampuan kita.

semasa semester PPISMP sem 2, lau x silap, ada satu subjek sampingan iaitu EQ. subjek itu banyak mengajar kita unt mencapai tahap kemampuan diri dan salah satu kata-kata dr Pn. Aishah Hamid iaitu 'kita akan diuji bersesuaian dengan kemampuan kita'..

hari ini aku diuji..

anak buah ku.. khadeeja..

doktor mendiagnos khadeeja sebagai penghidap serebral palsi tahap ringan. apa itu serebral palsi? serebral palsi ialah masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak atau dewasa iaitu mereka tidak boleh mengawal otot.. secara kasar (maybe aku sendri pun da lupa).. n penyebab deeja ada penyakit ini ialah deeja lemas ketika waktu dilahirkan. tapi penyakit ini yg menyebabkan hati dan sanubariku teruji.

genap berusia 2 tahun

dja skunk smkin bijak.. da mula faham apa yang org katakan(atau membebel) pandai menolong (mengelap lantai) dan berminat untuk memegang pen..tp satu j.. deeja makin nakal dan cemburu.. cemburu dengan adiknya khalish.. perlukan perhatian dari ibu bapa dan mula merasakan dirinya disisihkan kerana adiknya.. sbb tu dia da pndai tarik rambut khalish n paling teruk da berani nak pijak khalish..

aku bakal guru pendidikan khas..

segala pengetahuan yg aku belajar untuk mengawal tingkah laku kanak-kanak aku mula untuk mengaplikasikannya. dari situ aku sedar.. aku tidak mampu..

sayang ku terhadap khadeeja menebal..

mana mungkin aku mengasingkan deeja dengan meletakkan dirinya di ceruk dinding untuk membuatkan dirinya rasa bersalah.. tak sampai 3 minit, aku sendiri yang mengambil, memeluk dan meminta maaf dengan deeja.. niat di hati adalah ingin membantu kakakku dalam membentuk tingkah lakunya..

cuma satu je yang aku boleh lakukan iaitu

'Ya Allah, kuatkanlah semangat kakak dan abg iparku dalam ujian yang mereka tempuhi, kuatkanlah semangat keluargaku dalam membentuk dan menolong khadeeja untuk membesar seperti kanak-kanak lain'

dan

aku yakin khadeeja boleh lakukannya.



Che su sayang deeja n will be there for u.. mwaaaahhhhh

andai itu takdirNya

luv,
n.A

No comments:

Post a Comment