About Me

My photo
My deen is my blood, my life is my passion, my family is my brain, my love is my heart. all of them keep me moving forward

Sunday, May 23

surat untuk kekasih-kekasihku..

bismillahirrahmanirrahim..

ats nama Allah yg mencipta langit dan bumi...

Ya Allah,

aku hambaMu, yang seringkali lalai daripada tugasku. aku hambaMu yg tidak pernah mengerti erti kesyukuran yg sbnar.Aku hambaMu yg terlupa akan azab dan seksa kubur serta nerakaMu.

Ya Allah,

aku ingin menjadi kekasihMu.. aku ingin menjadi hamba yang taat terhadapMu... tolonglah aku.. sentiasalah bersamaku.. bantulah aku.. kuatlan semangat ku.. agar aku mampu menanam sebanyak2 pokok di dunia, supaya aku dapat menikmati buah2nya di akhirat..

Wahai ibu dan bapaku,

aku bukanlah anak yang baik.. aku banyak melakukan dosa.. ampunilah dosaku terhadapmu, terima kasih atas kasih sayang, perlindungan serta segala2nya.. drah yang mengalir di dalam ku.. berkat atas didikanmu.. kasih ku terhadapmu tiada siapa yang mampu menandinginya.

wahai sahabat2ku,

peluklah aku ketika menangis, genggam erat tanganku, sapulah air mataku, tersenyumlah pasaku, nasihatilah aku, pukullah aku... asalkan engkau sentiasa bersamaku... aku perlukan kamu... untuk menempuh onak ranjau di dunia ini... kerana aku juga akan sentiasa di samping kamu...

wahai bakal suamiku..

hidupnya aku kerana pertolonganmu, berdirinya aku kerana kasihmu.. semoga kita bertemu di hari muka untuk hidup bersama selamanya.. pintaku padamu, sayanglah aku, jgn berbohong padaku, bimbinglah aku, jadikan aku sahabatmu, jadikan aku isterimu.. tegurlah aku supaya aku mampu jadi yang terbaik untukmu... insyaAllah andai aku untukmu.. akan ku usaha untuk menemanimu dalam suka dan duka.. cintaku, kasihku hanya untukmu.. taatku, kesetiaanku hanya untukmu, aku akan jadi yang terbaik untuk bergelar isteri di sisimu...

luahan hati seorang hamba, anak, sahabat, bakal isteri...

assalamualaikum..

andai itu takdirNya,

luv,
n.A

1 comment:

  1. akhirnya dapat juga comment setelah tukar layout baru.. sila komen k? kalu ader yg nak komen lah (!_!)

    ReplyDelete