About Me

My photo
My deen is my blood, my life is my passion, my family is my brain, my love is my heart. all of them keep me moving forward

Sunday, May 16

hari ni hari guru... esok hari apa?

assalamualaikum

selamat hari guru... 16 mei 2010 tahun pertama aku mendapat wish... makin bertambah hari yang akan ku sambut slain daripada hari lahir aku, family and kawan...

aku dibesarkan dalam family yg cukup bahagia.. merupakan anak bongsu daripada tiga adik beradik membuatkan aku tidak kekurangan kasih syng malah melimpah ruah kekayaan kasih sayang tersebut... itulah kelebihan diriku... pada awalnya aku bercakap pelat... daripada bercakap sampailah membaca quran smua pelat..

tetapi...

setelah umi menghantar aku pergi ke tadika Islam Abim di jalan pondok lama, tanah merah kelantan, cara aku bercakap makin berubah... pelat tidak kedengaran ag... sebutan ku makin lancar begitu juga bacaan doa serta surah2 hafazan...
smuanya bermula dari GURU BIASA....

aku dibesarkan melalui 'dwibahasa' iaitu bahsa melayu... umi ku bekas pendebat bahasa inggeris, kakak ku bekas pemidato bahasa inggeris... kedua2nya akan menggunakan bahasa inggeris jika mereka tidak mahu akau memahami apa yang mereka bualkan ataupun 'mengumpat' tentang aku..

tetapi...

setelah aku berumur 7 tahun aku dihantar di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah 1.. sekolah yang dikatakan kurang berprestij tetapi di situlah tempat aku dibentuk dari segi sahsiah, disiplin dan intelek... umur 7 tahun.. pn. Norashikin mengajar aku bahasa Inggeris... dari huruf ABC... hinggalah masa aku berumur 7 tahun itu juga aku mendengar apa yg dibualkan oleh umi dan kakakku dan jawapan ku hanya satu "adik faham apa yang umi n k.na bualkan.. juz aisyah x leh nak ckp"...kakak aku impress begitu juga umi ku... perkembangan aku lebih baik berbanding adik beradik ku... smuanya bermula dari GURU BIASA

aku bukanlah seorang pelajar yang pandai.. boleh dikatakan average sahaja.. tidak berkeyakinan untuk menjawab sebarang soalan tapi berani untuk menyatakn sebarang pendapat.latihan dari umi hanya cukup untuk mengelakkan aku daripada menjadi pelajar yang 'lampi'...

tetapi...

kehadirannya umpama sinar.. itu yang aku mampu katakan... namanya cikgu NOR ZAKIAH BINTI HARUN.. asal kedah... mengajar aku 3 subjek utama, bahasa melayu, sains dan juga matematik... major nya sains tapi 2 subjek lagi dilakukan klas tambahan iaitu hanya RM10 sebulan... mengajar minatnya.. bukan kerana duit... beliau menerima duit atas desakan ibu bapa kami yang malu apabila beliau memberi perkhidmatan percuma... bermula dari beliau, keyakinan n keberanian yg ada dlam diriku semakin digilap, aku menari, aku menyanyi, aku bercerita, aku bermain bola keranjang.. smpailah satu tahap aku memegang jawatan tertinggi dalam exco pengawas.. itu yg aku banggakan... seorang guru yang mampu membuatkan aku pandang ke hadapan, serta mempunyai personaliti sendiri... semuanya bermula drpd GURU BIASA...

kehidupan sekolah menengah ku pernuh warna-warni.. jika ada yg mengatakan bahawa masa sekolah menengah lah kita akan memberontak.. ingin menjadi liar serta tidak mampu mengawal emosi... thanx to my mom... always be there for me and be my bestfren..

tetapi..

umi ku hanya mampu menolong ku bila berada di rumah sahaja... skolah mcm mana? trimakasih guru.... di skolah... aku dilambakkan dengan aktiviti.. kepercayaan seorang guru untuk aku mewakili sekolah dalam satu2 bidang serta pelukan mesra dari seorang guru ketika aku mengalami kegagalan amat aku hargai... guru melayan aku seperti anak mereka.. tidak dinafikan betapa seorang guru itu mampu mengubah hidup aku hingga saat ini...

hari ini...

aku BAKAL seorang GURU... guru bukan pilihan kerjaya yang terakhir bagiku malah merupakan impian ku... aku ingin melahirkan anak bangsa yang baik sahsiahnya, terdidik akhlaknya, manis tingkah laku nya, kerana aku tahu tugas yang bakal aku pikul amat berat... tugas kami ialah MEMANUSIAKAN MANUSIA.. aku hanyalah GURU BIASA yang bakal berbakti untuk nusa dan bangsa...

SELAMAT HARI GURU SAYANG-SYANGKU(guru-guru)...

andai itu takdirnya,

luv,
n.A

No comments:

Post a Comment