About Me

My photo
My deen is my blood, my life is my passion, my family is my brain, my love is my heart. all of them keep me moving forward

Friday, January 8

New Year.. need.. New EAR

Assalamualaikum..

sememangnya diri ini kurang bersyukur terhadap semua kelebihan yang Allah s.w.t kurniakan. Tahun ini kusambut dengan penuh kesyukuran kerana dikurniakan kesihatan yang baik..

tetapi...

segala2nya berubah apabila hari kedua aku memijakkan kaki di ipda badanku mula berada dalam keadaan sejuk n suhu badan aku meningkat dengan tiba2. segala2nya ku pandang ringan memandangkan biasalah 'demam kura2'..

tetapi..

'demam kura2' menjadi 'demam gajah'. badanku panas bahagian dalam sehinggakan memberi kesan terhadap telinga ku. bahagian dalam telinga bengkak dan mengakibatkan aku tersedar dari tidur yang lena seawal 3 pagi dan mendapat rawatan pada pukul 11.30 pagi.. terima kasih kpd pihak 'hospital' terhadap 'perkhidmatan terbaik' itu. mungkin bagi pembaca akan mengatakan bahawa sakit telinga hanyalah merupakan perkara biasa..

tetapi...

bersyukurlah bagi sesiapa yang tidak pernah mengalami kerana kesakitan yang tidak dapat kugambarkan hanya air mata di hospital jitra menjadi saksi lemahnya diriku ketika itu..
setelah mendapat rawatan.. aku berharap kesakitan itu akan berkurangan dan keadaan telingaku beransur pulih

tetapi...

sehingga kini aku mengalami masalah pendengaran.

bersyukurlah dengan ape yg kita ader... disebalik kesakitan dan kekurangan aku ini aku tetap bersyukur kerana aku tahu bahawa Allah menguji kesabaran aku...

'andai itu takdirNya'

luv,
n.A

No comments:

Post a Comment