About Me

My photo
My deen is my blood, my life is my passion, my family is my brain, my love is my heart. all of them keep me moving forward

Thursday, May 30

Assalamualaikum w.t.h

Ok.. Tarik nafas dalam-dalam.

First sebab hiccup.. Second sebab dah lama x update blog.. Third sebab kita kan wajib bernafas..

Hahahahaha...

Having a great holiday..

Walaupun holiday kali ni bukan pegi mana pun n terutamanya bukan nak pergi melancong. tapi it is a great deal for me..

this holiday.. bukan berharap ape pun.. juz a few wish.. macam


  1. nak kemas bilik
  2. nak kemas rumah
  3. nak belajar buat kek
  4. nak habiskan buku-buku
  5. nak tengok movie
  6. etc
banyak benda yang aku nk buat.. everytime sebelum aku balik kelantan.. every single day my mom make a wish.. dia kalau boleh x nak buat kerja rumah.. nak take a rest.. so kali ni,, memang aku berazam to be a good daughter.. (a preparation to be a good housewife maybe)..

tapi ape pun harap sgt.. aku balik kali ni.. mampu tolong umi..

ok.. tu j.. till next time

xoxoxo

Friday, February 15

How to spell bertangguh-tangguh in english?

Assalamualaikum w.t.h..

Kind lack of spirit to finish all my homework today.. i know.. because of procrastination.. did u know what is procrastination?

itulah yang telah aku lakukan.. instead of kena mandi, makan while watching family outing and do homework after that and here i am.. typing about procrastination.


this isnt my chart but this is how i am gonna be in the next two weeks.. im gonna die rite? figuratively. 

how will you know that your situation is just like me.. take a look at this

if you have all six criteria so you will be dead like me.. again figuratively
so, u know your disease and how to beat it? 


If you still procrastinate.. im afraid you will be just like this..


so, what are you waiting for?



p/s: when i want to post something procrastinate isnt my topic.. but this post just make me want to realize that how procrastinate i am.. Nadia Procrastinate Aisyah.. there it is.. it is my middle name.. blarghhhh.. kbai

xoxo
nadyasya




Wednesday, February 13

Breast Implant

Assalamualaikum w.t.h.. :)

D.F : Did you know about breast implant?

N.A : Bukan nak besarkan breast k?

D.F : Yeah, kind of.. U taw x, once u lakukan breast implant ni u x ley breast feeding ur children?

N.A : woahhh, new info..

ok, sort of our msg between me n my bff.. Dayah is a girl that when she found something that amused her she will inform n share with me.. seriously most of my general knowledge are from her.. huhuhuhu

breast implant.. yeah, salah satu masalah perempuan insecurity itu tinggi.. apa yang kita ada masih belum puas dan cukup.. sebab itu adanya high heel untuk 'tinggikan' kita, ada eyeliner untuk 'besar'kan mata kita and the list go on.

dalam sudut breast implant, it is not only for us but it effects our children. Kesian kat anak kita.. elok-elok ada susu yang diformulasi dengan cukup segala vitamin dan antibodi tiba-tiba semua tu tidak boleh dinikmati.. poor them

jadi, kita sebagai perempuan tidak seharusnya berfikiran pendek.. jangan buat keputusan terburu-buru.. seperti yang kita percaya setiap keputusan yang kita lakukan ada baik buruknya. jadi, think first before you act

sbb itulah kita kena sekolahkan kanak-kanak perempuan. di mana harap mampu membantu our future generation in order to help them to make a right decision in future

p/s: this is my point of view.. n for me, hidayah elaborate it with so much input. so please do visit her blog at http://antiquemuse.blogspot.com/

Thursday, January 17

Adidas Pink

Assalamualaikum w.t.h

Herm sedey.. y? sbb kasut kena curi..

yeah dicuri.. ntah kenapa boleh cuai.. mmg kawasan rumah ni penuh ngan jiran tapi kawasan depan rumah ni juga lah lalu lalang budak sekolah menengah ke sekolah..

so first time aku bagitau my bf pasal kasut aku kena curi.. secara tanpa ragu2 dia trus ckp budak skolah lah tu.. mayb rasional dia pk.. pagi td sebelum aku ke kelas, kasut tu elok j dpn rumah.. tp bila aku balik dr kelas.. tengahari da x de da.. masa tu time budak balik jalan kaki.. mmg sial.. sorry sbb mencarut..

aku sedey sbb tu hadiah dari umi

sedey sbb baru je bli

sedey sbb aku sukakan keselesaan yang adidas pink tu bagi

tersangat sedey sbb smua kasut aku yg lain tahap kritikal da sedangkan sem ni la paling banyak aku bersukan

tersangat sedeey

smpaikan rasa nak balik klantan, pergi parkson, pergi beli balik kasut tu.. seyesly i missed my shoes

tapi, di tikasr sejadah, selapas aku berdoa supaya Allah bukakn pintu hati pencuri tu untuk bertaubat dan pulangkan balik kasut aku, at da same time aku bersyukur..

aku bersyukur sbb Allah 'tarik' kasut aku bukan 'kaki' aku.. at leaast kasut aku boleh beli.. tapi kaki? herm Alhamdulillah..

pengajaranMu tersangat bermakna bagi ku.. Alhamdulillah..

bersyukur di saat kasut di curi.. percayalah rencana Allah lagi terbaik untuk kita

xoxo
nadyaasya

Monday, January 14

Hilangnya seorang kawan

Assalamualaikum w.t.h

aku ada kawan...

kawan yang sememangnya tersangatla cantik..

kami kekal berkawan kerana family da kenal.. parents dia anggap aku ni anak mereka, umi and abah aku anggap dia sbg anak mereka gak

so, kami kawan smpailah masa berlalu.. takdir.. kami terpisah

atas masalah tertentu, kami berpisah kerana masalah peribadi yang dihadapi olehnya

aku x kisah, janji di pahat di dalam hati.

walau ape pun terjadi kami masih adik beradik.. kawan sehidup semati

14 januari 1989.. hari ini 14 januari 2013

lebih dari satu dekad.. kami akan mengucapkan Alhamdulillah kerana Allah bagi dia untuk mengelap air mata bersama dan Allah bagi saya untuk memeluk ketika tangis hibanya..

kami terpisah, tetapi apabila berjumpa, selama 24 jam kami akan bercakap untuk  berkongsi segala detik yang mana kami 'kehilangan' antara satu sama lain.

terima kasih ya Allah.. kerana hadirnya dia, sememangnya mengubah hidupku.. Allah mengujiku kerana dia hilang dari pandanganku.. apa yang kupinta, semoga hari ini Allah berikan kebahagiaan, kerahmatan dan keberkatan kepadanya.. semoga dia menjadi muslimah yang sejati

Amin.....

xoxo..
nadyasya azmin

Friday, January 4

The Secret

Assalamualaikum w.t.h

The Secret

Selamat Tahun Baru.. Hurry up.. Make a list.. make a resolution before it is tooooo late..


Kita kena bertanya apa yang diri kita inginkan

Kita kena percaya bahawa kita akan dapat apa yang kita inginkan

Kita akan terima apa yang kita inginkan..

yeah.. aku suka buku ni.. mengajar something valuable in our life yang mana bagi aku kita semua tahu tetapi kita tidak aplikasikan pun. something we know, but we never apply it so it will look like useless

so,,

kali pertama aku tahu pasal buku ni from my lecturer.. miss dina.. and then barulah aku dapat rasakan i should read this one.. tapi pada masa tu, buku ni x famous.. so problem sikit.. and then Oprah do her job.. masukkan buku ni dalam list Oprah Book Club and start from there you can find the cd and book also all the things like notebook etc

Dalam Oprah ada cakap untuk dapat apa yang kita inginkan kita mesti beritahu kepada seramai mungkin hasrat kita.. apabila ramai yang tahu, all the positive feedback will come to us and it will ensure us to get what we need

tapi, malangnya.. aku x jadi pun.. hahahahhaa

as my new year resolution, aku malu untuk war2kan.. contoh.. aku nak turunkan berat badan aku.. so bila 31.12.13 nanti someone yang tahu resolution aku tu akan ckp.. 'weyh nape ko gemok ag erk.. x kurus pun' mau aku x makan 10 hari 10 malam

so, resolution untul tahun 2013 ni, aku tanam dalam hati, aku cerna seelok2nya. supaya otak aku faham bahawa aku kena try juga dapat apa yang aku listdown kan..

so,

Happy New Year guys.. hope korang dapat laksanakan azam korang tahun ni..

xoxo,
nadyasya





Monday, December 17

Air

Assalamualaikum w.t.h

Air? air air?

yup, i admit... aku jenis yang x suke minum air.. herm.. everyday aku prefer teh o ais or milo o ais.. (o means gula, sbb x suka susu except susu choc)

tapi disebabkan kelemahan aku ni.. it effect my skin.. jerawat, jeragat, my hair dried, my skin combination, my uneven skin tone colour.. everything.. it is like my body against me..

aku pernah dapat rawatan macam New York Skin Solution tu.. tapi aku x pegi ctu.. aku pegi tempat yang sama tapi nama dirahsiakan.. salah sorang workers dia pernah ckp.. kalau nak kulit cantik kena minum  6 botol plain water.. 1 botol bersamaan 1.6 liter so.. do take ur calculator and calculate urself.. that is the right way to reduce the potential of ur body getting dehydrated..

and aku menyesal.. -____________-

menyesal sebab da tahu apa yang aku perlukan but still dont improve it.. like aku tahu yang aku perlukan air tapi still malas nak minum air.. masa aku nak buat post ni aku baca blog pasal kelebihan air and keburukan kekurangan air..

dari pembacaan blog tu barulah aku tahu..


  1. Jangan minum ais selepas makan kerana menggalakkan lemak berkumpul (boleh mengelakkan sakit jantung)
  2. banyakkan minum air untuk menghilangkan perut buncit (untuk mengeluarkan toksin)
  3. Amalkan minum selepas 45 minit..
  4. dan etc
so.. aku cuba akan amalkan minum air sebanyak mungkin for the sake of my body..

p/S: im in a relationship with WATER

Michelle Phan

Assalamualaikum w.t.h..

Michelle Phan? who is that gurl? gurl?

                                                               ok.. this is michelle phan...

dia merupakan kacukan vietnam amerika.. yup.. dat is da reason dia ade asia look gak kan.. so pretty.. first time aku tahu pasal dia pun dari blogger gak.. sejak dari tu aku follow make up dia.. various type and way to make up.. even though aku ni jenis yang x pakai eyeshadow (sbb x pandai nak pakai) aku belajar juga.. well who knows one day aku ada keberanian nk pakai  eyeshadow kan..

satu perkara yang aku suka pasal michelle phan ni, dia adalah orang biasa.. orang biasa? well u know what i mean kan.. dia bukan artis or model juz a normal person like us..kita akan rasa lebih berkeyakinan nak try.. tapi yelah kulit dia mmg cntik dah pun.. so sesuai ngan any make-up..

by the way, shes juz not make-up guru.. dia lebih kepada versatile.. apa2 pun boleh.. dari tips make-up.. shirt.. fashion.. and all the unique stuff, she can manage it well.. well done michelle..

ni aku link kan salah satu video dia..


if u want to know more, do visit : http://michellephan.com/

p/s: hope post aku kali ini beri lebih keyakinan untuk korang juz be urself n do what u wanna do..

xoxo
nadyasya

Friday, December 14

Do you like to cook?

Assalamualaikum w.t.h...

Topik 1:

Umi nak kawen..

Kawen? u still young.. masak pun x lulus ag

Topik 2:

anak u da boleh kawen da.. da besar da..

eh?! x ley ag.. tanak nasi pun hangit ag..

Topik 3:

U pandai masak x?

X pandai.. Nape?

Macam mana nak kawen ni..


ok.. enough! da tiga topik perbualan aku masukkan.. x faham2 ke? kita bincang pasal kesinoniman antara topik kawen dengan memasak. well, dulu kita pernah dengar, alah orang pompuan ni, ngaji (beljar) tinggi2 duk dapo gok... maknanya.. kita ada phD ke Master ke kita still kena masuk dapo gak..

well guys.. one thing u dont realize.. kalau bini u x de u kena masuk dapo gak.. (yelah maybe untuk minum air) :P

selalu orang kaitkan memasak dengan kawen.. kenapa? kerana kunci kebahagian rumah tangga ialah terletak pada perut lelaki.. jika buncit maknanya pandailah bini dia jaga.. hahahaha... well.. memang betul.. petua orang dulu2 kalau nak pikat suami kena perutnya dan satu lagi.......... (pm me for next thing, aku malu la wey nak taip)...

oleh sebab itu, aku pun belajar la memasak.. aku da target nak kawen umur bape tapi masa aku target tu aku memang x pandai masak.. being theyoungest and laziest person in my family sesungguhnya tidak mendatangkan ape2 keuntungan walhal benda tulah priority. memang malu besar lah anak dara x pandai masak.. seyesly memalukan..

so, for girls out there.. this is one tip from me.. u don need to have a talent to cook.. but u need creativity and  curiosity.. maknanya.. ade jugak terfikir nak mencuba something new (mencuba mengubah nasib actually)

tujuan aku type post ni, bukan nak cakap yang im ready to get married, im so talented sebab da pandai masak, nak menunjuk sebab da pandai masak.. tidak sama sekali.. i juz wanna share some link... link recipe ni mmg aku save dalam hp aku.. smua aku da try and walla memang menjadi..

here come da lists :
mee goreng basah : http://www.myresipi.com/top/detail/3914
kuey tiaw ladna :http://embunrosaliza.blogspot.com/2011/08/kueh-teow-ladna.html
char kuey tiaw :http://fatinsuhana.blogspot.com/2012/07/recipe-char-kuey-tiaw-sedap-omnomnom.html
mee rebus :http://fatinsuhana.blogspot.com/2011/04/resepi-mee-rebus-mudah-dan-senang.html
spaghetti olio :http://zawiyah-nizam.blogspot.com/2009/11/spaghetti-prawn-olio.html
ayam halia : http://www.potretkasih.com/tag/cara-masak-ayam-halia/
mee kari : http://www.potretkasih.com/2010/08/21/mee-kari-kerang/#comment-28267

seyesly, thank you so much bagi sesiapa yang rajin masak n share da resipi.. merangsang aku yang x pandai masak ni untuk lebih berusaha..

selamat mencuba!!!

p/s: hot and can cook... you also can be like him.. (^__*)

xoxo
nadyasya


Wednesday, December 12

12.12.12 - Post 1

Assalamualaikum w.t.h

yeah...


Hari ini 12.12.12.. on je fb mesti ada yang kata miracle date la.. sedihla sbb pasni x de nombor berulang.. yadayadayada..

so aku pun x nak ketinggalan..

at least ada gak satu post yang aku buat sempena 12.12.12... satu je ke?

lau tgk tajuk kat atas nape ada post 1.. tu maknanya aku akan buat bape post? hahaha... aku sedang mencabar diri aku.. so lau aku berjaya dalam cabaran diri sendiri.. korang akan tgk hasilnya.. korang? (sila bunyi cengkerik)

kbai..

xoxo
ndya


Saturday, December 8

Twenties Girl

Assalamualaikum w.t.h

Darling, when things go wrong in life, this is what you  
do... you lift your chin, put on a ravishing smile, mix 
yourself a little cocktail... and out you go" ;) xox

yelah, aku tahu,, kita islam mana boleh minum cocktail.. yelah cocktail buah ade juga kan.. tapi kalau cerita-cerita dalam novel cocktail ni lebih kepada minuman keras. so ape kata ko tukar je cocktail tu jadi sirap or teh o ais. bergantung kepada minat masing-masing.

quote kat ats tu aku copy and paste dari fb Sophie Kinsella.. ok siapa sophie kinsella?

agak-agak korang boleh teka x mana sophie kinsella  -_____-

dia ialah favourite author member aku sorang ni.. well.. jalan crita yang bnyk twist and menarik.. aku suka gak.. so quote kat ats ni aku amik dari  salah satu novel dia iaitu twenties girl


omaigod omaigod .. so this is book review? kalau korang tertanya2 this is book review.. membe aku ckap dia nanges apabila part last skali,, bagi aku.. yeah kalau menghayati betol2 memang akan nanges.. gile ko x nanges.. dia cerita pasal roh yang datang n tibe-tibe pegi kot.

wat do u mean by that? i mean u kna baca sendiri.. indeed, buku kali ni pun x merugikan.. menarik, sakit perut sbb takut n cemas.. so neves.. unpredictable ending and situation.. sangat-sangat unpredictable..

and aku pun ase nak jadi twenties girl jugak.. so gud luck gurls!!

xoxo

asya.

Thursday, December 6

Yeay!!!!

Ini ialah Blogpost 
yang ke 
100!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum w.t.h

Yup.. da 3 tahun aku ketuk ketak ketuk ketak kat blog aku ni.. tapi malangnya blog ni kupandang hina.. chewah propa je lebih.. x delah hina sangat kan.. juz aku menaip time aku ade mood and semestinya time aku ade idea nak taip ape..

untuk entry yang ke 100 ni aku sebenarnya nak taip something spesel.. yelah spesel.. yang membuatkan aku rase istimewa untuk dikongsi dalam diari alam fana aku ni.. tapi malang skali aku x taw kenapa idea tu aku x buat pun.. x buat? maknanya aku x realisasikan pun.. malang sekali kan..

insyaAllah semua idea aku tu, akan aku kongsi hari demi hari.. walaupun 100 ni pun aku da rasa spesel tapi aku tahu 

'dengan cahaya bulan'
aku mampu untuk taip 100 lagi post... 

background music : sailormoon

dengan izin Allah,
semoga aku mampu menaip sesuatu yang bermanfaat untuk dikongsi bersama 
sesuatu yang boleh mengajar aku tentang kehidupan 
sesuatu yang membuatkan aku lebih mengerti bahawa kehidupan dunia ini pendek sahaja 
sesuatu yang membuatkan aku lebih fokus tentang kehidupan aku..
luv,
nadyasya


Sunday, December 2

Cinderella

Assalamualaikum w.t.h

Sepertimana yang anda smua tahu.. smua? (bukan ko je ke yang baca blog ko sendiri)

saya adalah seorang bakal guru pelatih.. so apa makna pelatih.. pelatih ialah pelarian yang sangat letih untuk mendapat segulung ijazah yang akan meletakkan dirinya sama level dengan guru2 lain.. sama level ke? x jugakla.. ok... fokus..


ok.. saya cikgu pelatih -_____-


tapi saya pura2 malu depan perhimpunan sekolah

skrg tengah koya dalam kelas sebab murid x de

my swetheart

bila nama guru pelatih maka secara automatiknya kita dilatih untuk biasa dengan tugas-tugas seorang guru.. termasukla dengan cutinye skali.. dah 3 minggu kat umah.. tiap hujung minggu measure berat badan ok bimbang makan tido makan tido akan meningkatkan berat badan.. so mcm mana nak elakkan berat badan?

jadilah CINDERELLA...
 Cinderella yang terkinja-kinja berlari-lari anak konon kiut sbb cuti sekolah


 Cinderella yang kononnya penat menyapu sedangkan himpunan daun 
tu org lain yg letakkan dia just posing j


n nilah cinderella versi aku.. hakhakhakhaktuih


well... u kno wat i mean aite?

jadi cinderella ni lah.. melatih diri untuk jadi seorang housewife yang berjaya..kan senang hati suami balik tgk umah da kemas.. makanan da tersedia. and everything is ready lah.. tapi it is not easy as that...

penat.lelah.asma.x de slera makan..

tulah yang aku rase.. yelah nak make sure evrything ok.. da kemas tibe2 anak sedara sepahkan balik.. da siap masak.. da bagi makan tapi kita juga yang kena basuh pinggan mangkuk semua.. kena jaga binatang ag.. ok.. nak mengungkit ke?

memetik kata-kata Pahrol Muhamad Juoi

Apabila anda melakukan sesuatu kerja dengan penuh kasih sayang, barulah anda merasakan diri anda bukan hamba abdi tetapi berkhidmat untuk keluarga.. itulah bezanya isteri dan ibu-ibu berbanding pembantu rumah.

da siap buat kije rumah, amik masa termenung sekejap.. susah juga jadi IBU..
tq umi for those hardwork.. now i really appreciate it.

untuk bakal suami, sila sediakan perkara-perkara di bawah.. maceh :)

               
           nak kelihatan comel di dapur
extra comel... yang ni ag comey kan


luv,
nadya

Saturday, December 1

Having Diffuclties

Assalamualaikum w.t.h..

da 1 December da.. pejam celik pejam celik da dekat nk abes da pun taun 2012..

so how ur resolution? tercapai dak? aku pun x taw tercapai ke dak.. huhuhu

so many happen in your life?

so many?

sebelum aku hupdate blog ni aku tgk fb lu.. well.. it is normal for me.. bukan kita terus ada idea kan.. kena godek2 lu n cari wat is the main topic for our post today.. ada satu quote, well quite interesting :

we look at our past book, n we realizes someday we will laugh because of the sad things and we will cry because of the happy things that happen in our life
faham x?

ada certain perkara yang telah terjadi.. well aku pernah dipulaukan.. bukan sekali tapi banyak kali.. setiap kali aku dipulaukan aku always tanya.. salah aku kah yang tak pandai bergaul dengan kawan-kawan smua or salah kawan yang menganggap mereka kawan tapi x faham aku ni macam mana...

well.. it is not easy to collect my strength back.. Alhamdulillah.. Allah beri ujian untuk menunjukkan betapa sayangnya Dia padaku.. and betul kata-kata kat atas. aku bahagia dengan kehidupan aku setelah aku menangis.. and aku menangis sekarang kerana kebahagian aku yang dulu.

Allah akan dekat sngt ngan kita bila kita ingin mendampingiNya

Tidak kah kita berasa rugi apabila kita merasakan kita semakin hampir tetapi sebenarnya kita mengambil langkah yang semakin jauh dariNya

sekarang aku menarik nafas lega atas kesilapan aku dahulu Alhamdulillah.. :)

Thursday, November 29

100 Name

Assalamualaikum w.t.h....

Segmen Hari ni ialah BOOK REVIEW!!! Yeayyy!! -____-

Ok.. X yah duk excited sgt la kan..

sape yang minat baca novel?

sape suke cecelia ahern?

ok seyesly.. aku x minat sgt baca novel especially novel mlayu.. cliche.. n predictable ending of coz.. kecuali.. ok still ade kecuali.. novel dari aisya sofea.. a few big names author yang aku minat tapi memandangkan umi aku suka baca novel mlayu so aku akn tggu dia baca n buat book review kat aku

hahaha.. cant help it... it is in our blood.. so memandangkan aku sorang je kat rumah.. umi aku x pernah tanya buku ape yg aku baca n kakak aku x so bz wif her children so blog jelah tempat aku buat book review.. tssskkkk! sadisnya hidup aku..

so, berhenti mencarut!! ni lah bukunye...


exactly like this.. suka bentuk dia.. n like aisya sofea.. cecelia ahern ni ada something.. her fans called magic.. not her fan will call it talent.. dia boleh tarik aku untuk menjadi watak utama dalam cite dia.. so interesting rite..

cite ni not bad.. first time baca.. ase menyampah.. coz so many characters.. tapi bila da hujung2 cite ase bangga sbb ingat all da characters n really they will inspire u.. no wonder la banyak watak.. there is something she want to tell us.. well done ceclia ahern.. new book n of coz... new achievement for u.. so sape2 yang x baca ag cite ni,, go n get it at book store.. u will not regret it.. for sure

tq ceclia for inspire me :)


Wednesday, November 28

Fuhhh!!!!

Assalamualaikum w.t.h

Dear Dairy,

Penat sebenarnya.. tapi cuti ni adalah cuti yang sememangnya cuti j.. yelah kadang2 riso gak.. riso otak tibe2 x berfungsi.. sebab tu x ley tinggal bacaan Al-Quran.. untuk kuatkan otak :)

ok.. lau da cuti knapa penat erk?

  1. penat sbb x wat ape2
  2. penat sbb banyak tido
  3. penat sbb x stadi
  4. penat sbb x manfaatkan masa dengan sepenuhnya
  5. PENAT SEBAB TUKAR LAYOUT BARU!!!! muahahahahahah
semalaman aku berkurung dalam bilik ni.. semata2 untuk tukar layout blog.. dulu beria.. kononnya nak jadi cikgu skola,, knalah blog yang mengingatkn tentang skolah.. tup2 hampeh... hangat2 taik ayam betui.. terus tak terusik pun blog tu.. pe ke halll...

ok.. stop.. jangan emo...

lau tgk blog archive aku.. tahun 2012 la tahun yang menyedihkan.. bakpo? bakpo?

sebab ada DUA blog post nah... hahahaha,,, daripada x de kan..

at least ade gak dua.. dari org yg terus x hupdate blog tu.. amik kaw.. bagi sape2 yang trase..

at least ada gak aku post.. nanti boleh gak baca n senyum sorang....

ok.. berhenti mencarut.. selamat malam

andai itu takdirNya

luv, 
n.A

Monday, November 19

Tanggungjawab

Assalamualaikum w.t.h dear diary,

da lama asenya tak type kn.. susah gak.. nak ada blog tapi malas nak share benda2 peribadi.. bajet artis kononnye lah..

well da latest news.. aku ada hmaster to skunk dua2 hamster da x de.. so, mcm mana tu.. kata nak kawen, hamster plak boleh mati.. chop ape kaitan kawen ngan hamster kat cni..

analogi yang cukup mudah...

 mcm mn kita nk pikul tanggungjawab yang lebih besar sedgkan tanggungjawab yang kecil pun x ley nak dipikul..? bukan senang nk menjaga yang hidup makan pakai minuman.. smua nyer berfungsi unt memastikan dia cukup sempurna untuk hidup pernah dgr satu cerita x? smut dalam botol.. semut sendri pun x percayakan manusia sbb takot manusia terlupa nak bagi makanan.. tetapi semut yakin dengan takdir Allah kerana Allah maha berkuasa.. ok nadia,, jangan terbabas.. almaklumlah da lama x menaip jadi banyak lak benda nk cerita..

 aku tau saudara seislam aku di palestin dan syria  x kan baca blogspost aku.. tapi aku yakin dan sedar bahawa mereka juga turut yakin dengan takdir dan ketentuan daripada Allah.. bercerita daripada hamster mati membuatkan aku rasa malang betul hamster ada tuan macam aku... smpaikan x terjaga dan dpe lak da mati..

so samalah malang sungguh saudara seislam di Palestin yang mempunyai saudara seislam tetapi tidak mampu untuk memanjatkan sekudus doa supaya mereka mempunyai ketabahan dan sikap juang yang tinggi untuk berjihad di sisi Allah.. semoga pemergian hamsters aku membuatkan aku lebih prihatin..

nyawa haiwan ditangisi.. apatah lagi nyawa MANUSIA.. renungkan, adakah kita berharga untuk membantu saudara Islam kita.. Allahuakbar!


Monday, March 12

New Year, New Post, New Layouts?

Assalamualaikum w.t.h,

Alhamdulillah,

Akhirnya ada juga post untuk tahun 2012.. Layout ni pembakar semangat.. pembakar semangat untuk terus berjuang buat asg.. Asg banyak sangat.. Sampaikan ase mcm nak give up..

Please don't give up.. This is your dream.. Your dream and your passion.. so i try my best rite now..

so dlm godek2 laman web nak tgk bahan unt buat RPH ni terjumpalah layout ni.. InsyaAllah akan terus kekal kot. hehe.. supaya menyedarkan aku bahawa perjalanan masih belum selesai..

pernah dengar tak quote ni?

' im too busy to tell others that im busy?'

so thats me.. lau betul2 bz, pasni, jgn update blog! jgn bukak fb! Jgan bukak twit! Jgan bukak tenet pun.. (fuhh melampau)

trying to finish my work here..

so.. wish me goodluck k..

andai itu takdirNya

love,

n.A

Sunday, December 25

Saya sudah bertunang

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

.......................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

* Kisah ini bukan kisah ana (Insyirah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *

Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya... Arh... Untungnya Insyirah. (Cemburu! Cemburu! Cemburu!)

~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~

Insyirah Soleha,
19 Januari 2010
Baiti

copied from khazanahrahsia.blogspot.com

p/s: terkedu.. betapa insyirah menyedari bahawa setiap manusia akan kembali tetapi kita tidak menyedarinya.. Alhamdulillah kerana Allah memberi peluang kepada saya unt membacanya.. post ini di'copy'. berharap teman-teman merasakan apa yang saya rasa..

andai itu takdirNya.

luv,
n.A

Friday, December 23

Dah potong kuku?

Assalamualaikum semua..

Selamat Hr Jumaat..

Smlm ada baca yasin x? slpas subuh td bc quran x? da potong kuku belum?

perkongsian ilmu, kita digalakkan untuk memotong kuku adalah pada 3 hari dalam seminggu. iaitu hari isnin, khamis dan jumaat.. kenapa digalakkan? jangan memandang remeh k.. dalam ketiga-tiga hari ni Allah s.w.t telah meletakkan ganjaran untuk hambanya.. Aku x ingat turutan yang betul tetapi apa yang aku ingat apabila kita memotong kuku pada mana-mana antara 3 hari ini contoh ganjaran ialah

keluar segala kemiskinan masuk sgala kekayaan,
keluar sgala kesakitan masuk segala kebaikan

dan

yang paling aku ingat ialah hari jumaat

keluar segala dosa masuk segala pahala..

correct me if im wrong

tp ini ialah ctatan yang diambil ketika membaca salah sebuah buku agama di library.. sorry sbb terlupa lak tajuk buku tu..

so, buatla segala amalan yang boleh mendekatkan kita dengan Allah dan meraih redhaNya..

P/s: tiba2 rindu budak-budak nakal


andai itu takdirNya

luv,
n.A